Akaun pertubuhanmihrab.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Infaq Pengurusan Jenazah




Pertubuhan Mihrab turun dan meninjau keadaan di beberapa buah pulau di Semporna Sabah. Kami dapati keadaan penduduk disana dalam keadaan serba kekurangan. Penduduknya majoriti islam tetapi rata-ratanya miskin dan tidak berkemampuan. 


Apabila berlaku kematian, nak mendapatkan  bahan-bahan pengurusan jenazah sangat susah. Pernah juga berlaku di pulau berdekatan, mayat terlewat sehari untuk diuruskan kerana ketiadaan bahan. Mereka terpaksa ke Pekan Semporna untuk mendapatkan barang-barang tersebut.

 

 


ANTARA KEPERLUAN YANG DIPERLUKAN OLEH MEREKA:

1. BILIK PENGURUSAN JENAZAH

2. SET KELENGKAPAN JENAZAH
 



Pelan Pembinaan Bilik Jenazah


 


Ayuhlah, kita bersama-sama menjayakan kempen ini bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. Setiap sumbangan anda kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih dan semoga anda diberikan kesenangan dalam setiap usaha yang telah dicurahkan.

Dengan Kempen pengurusan jenazah ini, akan memudahkan pihak pengurusan jenazah di sana kerana sudah lengkap dalam satu set, membantu mengurangkan kos pengurusan jenazah bagi penduduk disana yang tidak berkemampuan.


Semoga dengan sumbangan anda semua dapat memberi sinar harapan untuk kami teruskan perjuangan kami untuk menyempurnakan pengurusan jenazah umat Islam di Semporna Sabah. Semoga dengan sumbangan ini juga, memudahkan urusan ahli keluarga mereka.



AYUH BERINFAQ KE
KEMPEN INFAQ KIT JENAZAH


Untuk INFAQ secara online. Isi maklumat dibawah


Makumat tambahan

1. Bagi Infaq/Sumbangan secara online adalah menggunakan payment gateway Billplz 
2. Caj perkhidmatan daripada platform Billplz sebanyak RM1.50 untuk setiap transaksi yang berjaya.
2. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi pegawai kami di talian 011-19632876 (Puan Liza) atau klik untuk  Whatsapp